5 Pakar SEO Malaysia Untuk Rank Website Google 2024

Edwin Masripan
5 Pakar SEO Malaysia Untuk Rank Website Google 2024 1

Terdapat ramai Pakar SEO Malaysia. Kebanyakkan mereka berkerja dengan Digital Marketing Agency dan ada juga bekerja sebagai freelance.

Dalam penyenaraian ini, saya hanya memasukkan beberapa pakar SEO Malaysia yg saya pasti menjalankan kerja-kerja SEO Malaysia dengan betul.

Sebelum kita salah tafsir, SEO adalah ‘search engine optimisation’, tidak kira di Google, Yahoo, Youtube, Facebook dan sebagainya. Namun begitu, terma ‘SEO’ digunakan khas untuk Google kerana Google memegang lebih 90% dari carian di Malaysia.

Dan kita tahu, kita tidak akan pergi lebih dari Page 3 di Google.

Perkara Perlu Tahu Sebelum Guna Servis Pakar SEO

Sebelum terus hire SEO expert, buat yg berikut

  1. Ambil tahu process yg digunakan
  2. Menjauhi dari ‘Black Hat’
  3. Tools dan alatan digunakan
  4. Content SEO dihasilkan
  5. Backlink dari mana
  6. Dapatkan sample report dan audit

Elakkan Mengambil Scammer SEO

Walaupun terdapat ramai pakar SEO Malaysia, masih lagi ramai scammer SEO yg menjanjikan bulan dan bintang tapi isinya tiada.

Antara pengalaman client saya, bayar RM 20k untuk setahun, namun websitenya tidak ranking di Google. Agency yg diupahnya pula diluar negara. Terbakarlah duit begitu sahaja.

  1. Tunjuk ranking no 1. (ini boleh diphotoshop)
  2. Janjikan ranking no 1. (hampir pasti tidak boleh dijamin)
  3. Tidak tunjukkan contoh report SEO
  4. Tidak rank sama sekali dalam ‘SEO Malaysia’
  5. Tunjukkan kenaikan traffic (boleh push ads)
  6. Setahun jagung, kurang pengalaman
  7. Design website-nya menjerit ‘SEO’
  8. Menggunakan tools percuma

Jika ikut tips saya di atas, kita boleh elakkan daripada mengupah ‘konon’ Pakar SEO Malaysia.

Senarai Pakar SEO di Malaysia

Semua yg tersenarai disini adalah mereka yg saya betul-betul percaya boleh menaikkan SEO anda dan bukan scammer SEO.

(List ini mungkin akan diupdate dari masa ke semasa)

1. Edwin Masripan

5 Pakar SEO Malaysia Untuk Rank Website Google 2024 2

Edwin (saya) kini berkerja di Laman7, menghasilkan web design yg focus pada simplicity dan SEO Malaysia.

2. Naven Pillai

Beliau adalah seorang freelance SEO Consultant. Sekarang beliau berkerja di Zoho sebagai Marketing Consultant.

3. Azham Zanal

Azham adalah seorang online seller yg mengerjakan aktiviti SEO secara underground. Saya pernah menghadiri kelas beliau. Ok dan penuh dengan taktik untuk kalahkan algorithm Google.

4. Adlan Khalidi

Seorang Freelance SEO, kini bekerja di Iman Book Store sebagai Marketing Manager.

5. Faiz Fzzzan

Seorang underground SEO technical.

(Anda seorang pakar SEO? Nak masuk dalam list. Sila Twitter DM @edwinmasripan)

Upah Pakar SEO Malaysia

Kebiasaanya untuk upah pakar SEO, boleh dikira sebagai RM 2,000 ke atas mengikut skop kerja ditetapkan. Bawah daripada itu, anda harus berhati-hati. Kerana tiada shortcut dalam SEO.

Antara pengalaman pahit client, upah SEO RM 500, ranking di Google, kemudian blacklisted kerana menggunakan taktik ‘black hat’. Sehingga hari ini, tiada apa yg boleh dibuat untuk rank dalam Google. Serupa tukar terus branding company!

Jika anda mahu murah lagi, masuklah kelas SEO anjuran 101s. Atau, hantar sahaja staff.

Berapa Lama Upah?

Bergantung pada pakar SEO, ada yg 3 bulan, ada 6 bulan, ada yg 12 bulan. Saya cadangkan try dulu sebulan, jika tiada peningkatan, report tidak best dan buat anda tidak selesa.

Bila Boleh Nampak Result?

Result SEO bergantung sangat-sangat pada website sedia ada sekarang. Lazimnya, terdapat beberapa pembaharuan dan update yg perlu dibuat sebelum dapat menjalankan aktiviti SEO dengan betul.

Result SEO biasanya akan bermula selepas 3 bulan.

Dari sini, (jika processnya betul) SEO akan tarik lebih banyak traffik ke website.

Antara Pakar SEO Agency atau Freelance

Perbezaan antara Agency atau Freelance adalah seperti …

  • Harga. Freelance murah sedikit berbanding Agency
  • Commitment. Agency ada staff full-time.
  • Contract. Bersama agency, lebih lama.

Pilihlah ikut mana berkenan.

Apa kata belajar buat sendiri dalam kelas SEO?

Mungkin anda dalam golongan berikut.

  • Tidak mahu bayar beribu untuk SEO
  • Business baru nak mula
  • Nak cuba sendiri
  • Mencari pendapatan lain
  • Berminat untuk kembang skill menulis.

Keterangan lebih lanjut pasal Kelas SEO.

1 comment

Leave your comment

Bacaan Lain