Join 419 Owner & Marketers dalam Newsletter 101sJoin Newsletter

Panduan Lengkap SEO Malaysia Supaya Elak Scam

Edwin Masripan
Published: 19 Feb 2024

Tujuan SEO Malaysia

Dalam artikel ini saya akan cuba cover semua topik tentang SEO Malaysia bagi yang tak pernah tahu apa itu SEO dan manfaat kepada pengguna dan business.

Saya tulis ini sebab saya nampak ramai prospek, kawan kena tipu. Jadi wajar untuk kita belajar serba sedikit sebelum ambil pakej SEO.

Artikel ini sesuai untuk

  1. Beginner – Nak kenal SEO
  2. Business Owner & Manager – Nak tahu SEO sebelum kena tipu dan cari alternative murah sekali Meta Ads dan Tiktok Ads
  3. Web Designer – Supaya tahu design website untuk ranking tinggi di SEO
  4. Web Developer – supaya tahu coding front end lebih laju dan ranking tinggi

Jika anda Google “SEO Malaysia”, anda akan jumpa;

  • Company yg buat SEO – Sibuk promote SEO
  • Freelancer servis – lagi, promo
  • Promo – harga etc.

Tapi tak jumpa “apa itu SEO sebenarnya”.

Topik kita Cover:

Data Internet SEO Malaysia

Setakat tahun 2022, 94% peratus penduduk di Malaysia ada Internet. Lebih kurang 31.87 juta penduduk (termasuk warga asing).

69% gunakan Internet setiap hari untuk kerja, berita, video dan social media.

Definisi SEO Malaysia

SEO – Nama pendek untuk Search Engine Optimisation. Nama Melayu dia, Penambahbaikan Carian Engine.

SEO adalah aktiviti yang menaikkan kedudukan Website (atau konten) di Enjin Carian.

Bila kita sebut SEO, kita selalu refer pada Google, Bing dan Yahoo. Dalam masa sama, SEO juga ada pada hampir semua website.

Contoh: Shopee, Lazada, Youtube, Tiktok, Twitter.

Setiap website ada algorithm tersendiri dalam bentuk ‘sama (atau sebijik-bijik)’, ‘atau (sinonim)’. Semua ada cara tersendiri dan yang paling advance adalah Google.

Secara kasar, 96% pengguna Internet di Malaysia gunakan Google.

PeratusanSearch Engine
96.16%Google
2.42%Bing
1.07%Yahoo
0.1%DuckDuckGo

Maka, kita tak payahlah sembang pasal Search Engine lain. Tak relevan sangat pon.

Gila Google: 99,000 carian dibuat setiap saat diseluruh dunia. ๐Ÿคฏ

SEO juga sebut sebagai ‘pull marketing’ dimana penguna Malaysia sendiri mencari masalah, solusi, produk, nahas, berita, nama, kucing dan macam-macam.

Anti SEO Malaysia

Jika SEO adalah ‘pull marketing’, Social Media, website berita berbentuk ‘Push Marketing’. Konten ini disuap kepada kita tanpa kita minta.

Dalam Marketing, memang perlu untuk kedua-dua ‘Pull’ and ‘Push’.

Lagi banyak touch point Marketing, lagi besar kemungkinan pengguna akan jadi pembeli. Dan hampir tak mungkin pengunna boleh search nama brand tanpa Push Marketing.

Alternatif Kepada SEO

Jika kita malas tunggu, dan rank cepat, Google menyediakan khidmat SEM, Search Engine Marketing. Di mana kita perlu bayar untuk ranking no 1.

Tujuan Utama SEO Malaysia

Untuk Individu

Menjana trafik ke website dan menaikkan tahap kesedaran.

Bila ada trafik ke website maka lebih ramai orang akan nampak produk kita. Lebih ramai nampak produk, lebih ramai akan beli.

  • Menaikkan kesedaran terhadap pengetahuan
  • Menaikkan brand trust
  • Membantu manusia mencari matlumat

Untuk Business

Simple: Menjana duit.

Traffic dari website saja tidak cukup untuk bayar bil, pekerja, modal dan hutang business. Trafik dari SEO mesti membawa business ke arah lebih baik.

Setiap aktiviti SEO mesti bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan baru (lama tidak termasuk).

Formula ROI SEO: (Profit Baharu – Kos SEO)/Kos SEO

Profit Baharu: RM 300,000

Kos SEO: RM 15,000 (setahun)

Matematiknya: (300k – 15k)/ 15k = 1900%

Namun profit baharu tersebut adalah anggaran sales dan bukan profit sebenar. Mungkin lebih, mungkin kurang. Mungkin takde langsung.

Bayangkan tak buat langsung? Confirm tade profit baharu.

Kita sambung cerita hal skop SEO dibawah-bawah.

Kebaikan SEO Malaysia

Kenapa business perlu invest dalam SEO di Malaysia?

  1. Tingkatkan brand reach
  2. Lebih Jimat
  3. Bina Trust
  4. Petik Buah Masak
  5. Jangka masa panjang

Tingkatkan brand reach – SEO bantu untuk capai pengguna yg tak pernah jumpa brand kita ditempat lain melalui SERP (nanti kita sembang).

Lebih Jimat – Kos untuk setiap seribu iklan di FB sekitar RM 5 (pada 2024). Google, hampir percuma (tak masuk kos pakar).

Bina Trust – Pelanggan lebih percaya siapa dia deal dengan. Logik ke nak beli produk mahal (atas RM 100) tanpa baca review?

Petik Buah Masak – Bahasa kampung saya, low-hanging fruit. Nak menang keyword war di Malaysia jauh lebih mudah berbanding negara lain. (Kini saya menetap ni Australia, competition di sini sangat susah).

Jangka masa panjang – Bila dah rank tinggi di Google, susah untuk kita jatuh. (Nanti kita sambung cerita faktor)

Kunci SEO adalah Keyword

Keyword, nama Melayu, kata kunci. Setiap frasa kita type di Google disebut sebagai ‘query’ atau ‘carian’.

Keyword pula adalah frasa tepat.

Panduan Lengkap SEO Malaysia Supaya Elak Scam 1
SEO Malaysia: Perbezaan antara Query dan Keyword

Setiap kali kita search di Google, kita panggil query. Setiap kali keluar result, kita panggil keyword.

Pening? Macam beras dan nasi. Lebih kurang tapi tak sama.

Untuk teknikal SEO (macam saya) memang perlukan perbezaan ini. Maksudnya membawa kepada makna yg lain.

Kita tak boleh kawal query pengguna Google. Sebab tu Google perkenalkan auto complete. Google tak nak kita cari benda yang relevan.

Panduan Lengkap SEO Malaysia Supaya Elak Scam 2
SEO Malaysia – Autocomplete

Tapi perkara kita boleh kawal adalah target katakunci (keyword) untuk website kita.

Panduan Lengkap SEO Malaysia Supaya Elak Scam 3
SEO Malaysia – Autocomplete 101s.

Apa itu SERP?

SERP nama pendek bagi Search Engine Result Page. Secara asas, senarai website yg ranking di muka Google. Bahasa pasarnya adalah search result.

Panduan Lengkap SEO Malaysia Supaya Elak Scam 4
SEO Malaysia – Contoh SERP

Kalau anda cari “Kelas SEO” di Google Malaysia, website kami no 1.

Query = Kelas SEO
SERP = Page 1
Position = No 1

Lawak hambar di kalangan SEO expert

Page 2 of Google is where you hide bodies.

Page 2 di Google adalah tempat untuk sorok mayat.

As best as possible, kita mesti cuba untuk masuk Page 1. Jika tak masuk, kita terlepas peluang untuk dapat free traffic dari Google.

Peratus KlikKedudukan
39.8%Pertama
18.7%Kedua
10.2%Ketiga
7.2%Keempat
5.1%Kelima
4.4%Keenam
3.0%Ketujuh
2.1%Kelapan
1.9%Kesembilan
1.6%Kesepuluh

Kalau kita grafkan, rupa dia macam ni.

Panduan Lengkap SEO Malaysia Supaya Elak Scam 5

Sebaiknya kita nak duduk di tangga ke enam dan atas (of course, no 1 paling afdal). Dapat 4% dah cukup baik dari tidak dapat apa hasil (lebih kurang interest ASB kan?)

Apakah yg mempengaruhi SEO Malaysia? Baik, kita sambung.

Faktor Ranking SEO Malaysia

Secara ringkas, Banyak!

Disebabkan artikel ni kita nak sekadar sekilas pandang, maka tak perlu kita go in detail. Ambil yg asas sahaja

  1. Relevancy
  2. Speed
  3. Keyword
  4. User engagement
  5. Backlink

Relevan – Ya content mestilah relevan. Tak mungkin saya cari ‘Timun’, yang dapat adalah buah Oren. Saya akan kutuk Google dan terus tak guna kerana memberi ajaran sesat. Sumpah tak pakai lagi dah.

Jadi, konten kita mestilah relevan kepada pengguna. Lagi tinggi kualiti konten dihasilkan, lebih tinggi peluang untuk Google jadikan kita no 1.

Speed – Website mestilah loading kurang dari 3 saat. Jika ada video, segala macam image dan script untuk load, Google cakap, “kau lambat, aku tinggal”. Banyak lagi kita boleh sembang pasal speed.

Ini juga sebab utama saya benci Slider pada main website. Sekadar hiasan, dan tak bantu untuk ranking pon.

Keyword – Di dalam website kita ada Meta Title. Di situ kita letakkan keywords yang kita nak target. Satu Page, satu keyword. Jangan tamak.

User Engagement – Lebih lama pengguna stay, lebih baik. Design perlu kemas (bukan cantik semata), sedap mata memandang (font tidak besar dan kecil), panjang konten yg cukup.

Backlink – Website-website lain yg menunjukan ke arah

Yang saya bagi, asas sahaja. Ada lagi yg lain, tapi peratusan sangat kecil berbanding blok di atas.

Fungsi Google – SEO Malaysia

Misi Google

To organise the world’s information and make it universally accessible and useful

Untuk mencapai misi tersebut, Google menjalankan 3 aktiviti utama (untuk SEO).

1. Crawl

Google akan hantar Robot mereka, masuk website dan collect semua data yg ada dalam page (website) tersebut.

2. Indexing

Data yg dikumpul dari ‘crawl’ akan di proses dan susun dalam bentuk lebih mudah faham dan dicapai. Bayangkan macam Excel sheet.

3. Ranking

Akhir sekali, Google akan menyusun domain dan keyword mengikut kesesusaian.

Ranking kita akan berubah, dan jarang akan kekal no 1, no 100, no 74. Berubah mengikut kualiti konten kita.

Pakar SEO Malaysia

Saya meletakkan nama pakar kerana saya percaya hanya Pakar yg rajin berkongsi ilmu (sama ada berbayar atau percuma).

Tanpa segan silu, saya letak nama saya sebagai orang pertama dan antara orang yg biasa namanya biasa naik di kalangan Twitter

  1. Edwin Masripan – Head of Marketing di Laman7 (hampir 20 tahun)
  2. Adlan Khalidi – Dezeek Media
  3. Naven Pillai –

Ramai lagi Pakar, tapi mereka jarang munculkan diri di social media dan mengajar.

Sambung baca Pakar SEO Malaysia

Servis Skop SEO Malaysia – Jangan Ditipu

Terdapat banyak freelancer dan syarikat yg menyediakan khidmat SEO. Tuan-puan boleh Google sendiri dan pilih team mana tuan puan nak bekerjasama dengan.

โš ๏ธ Prospek saya kehilangan RM 20,000 selepas ditipu bulat-bulat fasal SEO.

Supaya tidak kena tipu, saya simpulkan scope SEO.

Skop Asas SEO

  1. Content SEO Strategy (Keyword research, competition etc)
  2. Teknikal SEO (Meta description, Schema etc)
  3. Tracking SEO position (Guna tool)
  4. Interlinking (Perbetulkan link antara page)
  5. Reporting (Report bulanan hal SEO)

Skop Asas adalah yg paling simple SEO. Kebiasaan, skop ini hanya untuk internal unit (inhouse marketing).

Skop Tambahan SEO

  1. Melajukan website
  2. Menulis artikel (macam artikel SEO ini)
  3. Membuat graphic untuk content
  4. Backlinking

Skop SEO yg Jarang Ditawarkan

  1. Content Strategy (Funnel, Marketing Strategy)
  2. Content Distribution

Skop ini jarang ditawarkan kerana banyak melibatkan urusan Strategi Business (product, market positioning, web revamp, funnel) dan selalunya buat tambah lagi banyak keputusan. Keputusan ini bakal melambatkan proses SEO.

Maka ramai servis provider ambil jalan mudah, “Apa yg nak di-rank-kan tu? Meh saya buat kan”

Harga dan Package SEO Malaysia

Cara pricing SEO ni agak aneh, kita bentangkan dulu perihal harga.

  1. Caj mengikut keyword – Pakar SEO sendiri tak tahu berapa byk keyword akan rank. Kadangkala kita submit satu link, yang dapat lima.
  2. Caj mengikut jam – Logik ke kalau caj untuk 20 jam sebulan. Dihujung unit kiraan (19 jam 50 minit), tak cukup untuk hasilkan konten baru.
  3. Caj bulanan – apa yg termasuk dalam ni pon kita tak tahu.
  4. Caj mengikut performance – lebih tinggi ranking, lebih banyak bayar. Pening kiraan ni.

Harga juga berbeza-beza mengikut kepakaran.

Bawah RM 1,000 sebulan โ†’ Hampir pasti pemula atau beginner. Jika anda sanggup hadap dan tunggu bertahun, boleh terima. Dan anda mungkin bayar untuk Skop Asas SEO. Hati-hati ya.

RM 1,000 ke RM 5,000 sebulan โ†’ Pakar SEO buatkan Skop Asas dan Skop Tambahan. Ranking hampir pasti boleh jadi.

RM 5,000 ke atas โ†’ Melibatkan Content Strategy untuk jangka masa yang panjang (5-10 tahun plan).

Cara paling baik?

Cari pakej yg ada trial. Bayar sebulan pertama. Dan jangan lock-in period yg lama

SEO Malaysia Scam

Senarai SEO Scam mengikut tawaran

Jaminan Position no 1 di Google

Ingat misi Google? Scroll balik atas.

Even staff Google sendiri pon tak boleh usik position. Position ini ditawarkan pada content yg paling baik. Kalau nak No 1 juga, anda perlu buat Search Engine Marketing (SEM). Bayar Google untuk No 1.

Penuhkan dengan Jargon

Bila service provider hambur macam-macam jargon yg kita tak pernah dengar, tapi bunyi macam best, confirm itu scam.

SEO ada simple explanation. Jika anda pening, lari sekuat hati.

Package Kepelbagain

Lazim bila kita nampak skop banyak, kita rambang mata, wah best dapat macam-macam. Padahal benda sama je tu.

Naikkan Dengan Cepat (Satu Minggu atau kurang)

Dalam projek saya sendiri, pernah terjadi. Dalam 24 jam naik dari 101+ โ†’ 7.

Anda nampak ni, jangan cepat sangat taksub. Ada banyak faktor lain yg terlibat. Besar kemungkinan dah ready nak rank, tapi teknikal salah.

Ditawarkan beribu-ribu backlink. Nasihat saya, jangan.

Google Sandbox, satu terma di mana Google meletakkan domain (website) ke dalam senarai anti-ranking SELAMANYA.

Tanpa Meeting (atau Takut Meeting)

Hampir pasti confirm ini kelentong.

Ya, dunia sekarang membolehkan kita dengan Remote Work. Namun begitu, ia bukan alasan untuk langsung tidak boleh meeting. Anda jumpa? Lari.

Bayar Setahun dan Jimat

Kadangkala agency akan offer bayar setahun dan dapat 10% off. Jangan tertipu. Dia boleh ambil duit dan terus hilangkan diri.

Saya pernah ditipu tools SaaS. Bayaran untuk setahun, selepas 2 bulan, company decide nak tutup kerana kehabisan wang dan kos API melambung. Rugi.

Kesimpulan SEO Malaysia

Panjang lebar saya ceritakan senario SEO Malaysia.

Ada banyak part saya masih tidak cover. Tapi cukup anda faham beberapa perkara tentang SEO.

  • SEO bukan hanya pada Google, tapi website lain
  • SEO boleh bawa sale jika keyword betul
  • SEO bukan benda mudah, ramai scammer

Minat nak belajar SEO? Daftar Minat Kelas SEO

Kelas tidak dibuka setiap masa, walaupun recording. Kita ada Group Coaching x1.

Nak hire SEO expert? Tanya pendapat saya di Twitter

Nak upah saya? Cari Laman7 SEO

Produk 101s untuk SEO

Kelas SEO 101

Dari Zero ke # Ranking Google

SEO Stack

WorkFlow SEO (untuk Mid level SEO)

Dapatkan SEO Service
Nak ranking top 10 di Google? Mari saya bantu. Harga RM 2,500/sebulan. Kalau tak rank, saya refund, 100% tiada soalan. Min 6 bulan. Projek limit to 5 sebulan.
WhatsApp

Nak Tips 101s? Join โคต๏ธ

Bersama 419 Owner & Marketers

Sub Blog
Saya tak hantar SPAM, Hanya nasihat dari Marketer

Bacaan Lain