Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham.

Edwin Masripan

Untung adalah unit sukatan bisnes yg paling simple untuk tentukan samada bisnes dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Untuk kira untung mudah sahaja. Untung = Jualan – Kos. Mudah.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 1

Betul. TAPI itu baru untung untuk satu unit, bukan kira untung bisnes.

Jika bisnes kita tidak bergantung pada apa-apa kos, maka betulah unit ukuran tersebut. Hakikatnya, bisnes ada banyak moving parts lain seperti …

  1. Gaji Perkerja
  2. Gaji Sendiri
  3. Kos Marketing
  4. Sewa dan Utiliti
  5. Komputer dan Software
  6. Yuran Syarikat
  7. Research and Development
  8. Dan banyak lagi …

Ini dikira sebagai Kos Operasi

Jadi macam nak kira Untung Bisnes?

Kira Untung Bisnes.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 2

Dalam business kira-kira ini dipanggil Income Statement. Andai anda ada software Wave Accounting, kita boleh lihat di Report > Income Statement.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 3
(Angka Tidak Menunjukan Situasi Sebenar.)

Namun begitu, untung bukanlah ukuran sebenar bisnes, sebaliknya margin. Jika margin kita tidak tinggi, maka kebarangkalian bisnes akan gagal akan lebih tinggi.

Mari kita lihat bagaimana kira margin bisnes.

Kira Margin Bisnes.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 4

Mungkin lebih mudah jika lihat contoh di bawah.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 5

Tak guna untung RM 1 juta, tapi margin 1%.

Aku kalau dapat sejuta …

Untuk dapatkan untung RM 1juta dengan 1% margin, jualan perlu RM100 juta dan kos RM 99 juta. Salah langkah sikit, tak cukup sale, atau kos lari, terus jatuh gagal business.

Ini juga bermakna setiap seringgit di masukkan dalam business, dapat hasil 1 sen. Lebih baik masuk Tabung Haji, dapat 5% TANPA PENAT.

RM 100 juta x 5% = RM 5 juta setahun.

Berapa Margin Sedap?

Margin bergantung pada bisnes. Setiap bisnes berbeza dari segi saiz, network, pelanggan, produk. Kita rujuk carta di bawah.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 6

Untuk jadi macam Apple, Dell dan TM, anda perlukan team yg super specialist, tapi kita bilis kecil. Margin paling minimum 15%. Atas daripada 40% sangat baik.

Buat Kira-kira Business Setiap Bulan.

Setiap bulan, mintalah admin generate report.

Jika tiada admin, kita kiralah sendiri. Nak lebih mudah, gunalah software accounting. Pastikan displin dalam membuat book keeping atau aliran keluar masuk business.

  1. Catat setiap jualan dalam sistem (excel pon ok)
  2. Catat setiap perbelanjaan.
  3. Kira profit dan margin bisnes setiap bulan.

Salah Faham Margin

“Margin produk ini 400%”.

Margin tidak boleh lebih 100%. Mathematically impossible. Kebanyakan orang salah faham, margin = markup.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 7

Ini formula markup.

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 4

Bila diletakkan sebelah-sebelah, nampak sama, tapi tak serupa!

Jadi sebut dengan confident. Markup product ini 400%. (Bukan kos x markup = harga jualan).

Cara Kira Untung Bisnes Yg Ramai Usahawan Salah Faham. 9

Kesimpulan Kira Untung Bisnes

Walaupun untung itu penting, Margin adalah nombor yg harus kita lihat setiap bulan. Kita nak pastikan kerja yg dibuat tidak jatuh bawah 15%.

Jika bawah 15%, maka kita perlu turunkan kos dan naikkan jualan.

Bacaan lanjut dari Investopedia tentang margin.

Nak Belajar Simple Finance101?

[mailerlite_form form_id=3]

1 comment

Leave your comment

Bacaan Lain