20 Tahun SEO

Edwin Masripan

Perjalanan SEO bermula dengan Britney Spears

Saya start belajar HTML form 4, tahun 1999. Mula-mula time tu pakai Geocities di bawah Yahoo (sekarang dah mati). Ntah kenapa facsinated betul dgn bina website, terasa macam kool habis la bila boleh coding.

Time tu sekolah asrama, saya ‘fly’ atau panjat pagar pukul 8.30 malam ~ pergi cybercafe. Biasa budak panjat pagar pergi main snuker, makan-makan, beli rokok, minum slurpee. Saya ‘fly’ sebab nak main komputer. Komputer di sekolah RAM kena rembat (tak boleh on) dan tiada internet.

Saya buat 3 website masa tu. Satu utk diri sendiri. Kedua Britney Spears dan Ketiga Korn. Website tu sekadar kumpulkan gambar artist, tulis lirik lagu dan letak counter.

Belajar HTML dari Buku

Belajar HTML dari buku. Mana ada copy-paste. Tulis balik seketul-seketul.

Kedua, dari website orang lain, “Right-click view-source”.

Edit file HTML, save, upload FTP, refresh website. Pastu geram gambar tak boleh load (aahhhh nooob gila).

Ke-tiga-tiga website tade orang melawat.

Counter tu takat 10-20 orang je. Itu pon sebab diri sendiri refresh (hahaha)

Then terjumpa artikel Yahoo, dia suruh submit website. Yahoo masa tu website directory, kira semua benda kita nak cari, cari kt Yahoo. Google belum wujud.

Slowly nampak page counter naik (ada traffic). Punya seronok. Siap ada orang hantar email cakap dia bookmark page. Kembang hidung. Masa ni nampak keperluan utk dapat trafik. Rugi la masa dan tenaga buat website, tade orang melawat. Time tu dapat trafik bukan dapat duit pon (Adsense tak wujud)

Dalam diam rasa puas la, sebab orang pon melawat.

Then masuk form 5, terus lupa semua website.

Masa tu dapat buat project website utk company. Umur 17 tahun pegang RM1,000. Sakan joli weyh.

Then SPM sampailah cuti panjang sebelum masuk uni (2001), teringat website dulu. Masa tu ranking top 10 dalam Yahoo kalau cari BS dan Korn. Counter dah beratus ribu. Dapat email suruh update gambar terkini, album terbaru, lirik lagu baharu, bosan dah dgn Britney.

Secara tak sengaja, terbelajar SEO.

2003-2004 saya ke UK sambung belajar. Sambil belajar buat kerja part-time, BurgerKing, SportsDirect, sambil tu ambil job website. Time tu tak ramai reti HTML (saya pon tak pandai promote/ marketing) dapatlah beribu pound.

Saya ada website nama Lamanku.com (dah lama tak renew), job datang dari situ.

First paying client, tahun 2003

First paying client utk SEO 2003. Masa tu hampir takde siapa tahu algoritm Google dan cara dia rank. Saya charge one time je. Saya ingat ranking ni kerja nasib. Lebih kepada Art dari Best Practise.

Habit dari dulu yg melekat sampai sekarang bila tulis guna Word 97. Kita buat H1, H2, H3. Dari situ sedar, kenapa website yg aku buat ranking tinggi-tinggi? Sebab visitor suka structured info (begitu juga Google)

Bila graduate saya tak sambung buat Web Dev, saya fokus realisasikan degree saya, jadi Telco Engineer. 2 Tahun, saya quit. Kerja best, cuma mungkin bukan minat saya.

Then mula Laman7, tahun 2007, sebab tak dapat beli dah lamanku.com.

Laman7 mula tahun 2007. Buat web design dan web dev, belum fokus SEO.

Saya ada blog masa tu. Dapatlah survive hasil Adsense, RM 2-300 sebulan, sponsored post dapat 1-2.5k per post. Masa tu fight dgn Amanz. (masih ada blog tu hingga harini, tu blog emo)

2 tahun bertarung buat website utk orang. Client ramai tak bayar. Saya pon jenis malu kutip hutang (ahh bodohnya). Akhirnya tutup dan join Corporate world.

Dalam 6 tahun corporate world, saya buat part time web dev. Sekali sekala ambil job SEO tapi bukan bread and butter. Web Dev paling diketengahkan bayar tinggi berbanding SEO. Masa tu bodoh, tak reti ARR, MRR ni.

Then 2015 quit, buat full time Laman7.

Awal-awal, ada la rasa macam nak ajar SEO. Then muncul pula rasa “Imposture Syndrome”. Saya pon join la kelas SEO orang lain bagi melengkapkan fahaman. Ternyata, apa yg saya tahun, dah lebih dari cukup.

2021 start 101s.my. Buka list utk join kelas SEO. Website hampir kosong tau. Ada 2 artikel, “Kelas SEO” dan “Kira Untung“. Kedua-dua ranking top 5, tanpa backlink, tanpa push ke website lain. (ada pon sikit2 dari Twitter)

Come on laaaa. Takkan jadi macam tu je? Maka saya decide, jom la buat kelas SEO.

Sekarang saya dah pindah Australia. Anak dah almost auto-pilot. Banyak masa lapang. Boleh dah fokus bina 101s. Tak de sebab tak ajar orang buat duit.

Prinsip hidup saya:

“Kalau nak jadi kaya, kayakan orang lain dulu”

Jika orang tanya origin story saya belajar SEO, saya cakap saya belajar dari Britney Spears. Termasuk juga skill HTML, Web Design, Photoshop. Semua Britney yang ajar (secara tak langsung).

Kenapa tunggu 20 tahun baru nak ajar SEO?

Soalan sama saya tanya pada diri. Ini jawapan saya

  1. Kalau ajaran saya sesat, maka haram la duit tu kan?
  2. Rasa ramai lagi expert diluar sana
  3. Tak pandai menjual (tapi pandai servis)

Point 1 tu mengatasi segalanya.

Then saya nampak ramai gila la SCAM SEO. Alahai… dari korang laburkan (atau leburkan) RM20k baik belanja 4-500 untuk belajar SEO. Kurang-kurang dah tahu, dan tak mudah kena tipu.

  • Product beauty – burn RM24k ke Agency Singapore
  • Pencen – burn RM18k push SEO ke website (habis laa EPF)
  • Manufacturer – burn RM 36k promote produk yg tak launch
  • Web Hosting – burn RM 30k. Sekadar dapat report bulanan GA je

Come on guys.

Mari belajar SEO dengan saya

  1. Basic SEO – Perkara wajib buat utk ranking
  2. Strategy SEO – Faham game yg kita main
  3. Penulisan SEO – Penulisan supaya orang nak baca sampai habis
  4. Monitor SEO – Apa nombor kita patut tengok? dan perbaiki.
  5. Extras – Bila student tanya, saya buatkan video (amin)

Kesimpulan, saya bukan sifu. Saya seorang practioner dengan 20 tahun pengalaman, (diajar oleh Britney)

Leave the first comment

Bacaan Lain