Join 419 Owner & Marketers dalam Newsletter 101sJoin Newsletter

Skop SEO: Business Perlu Tahu utk Elak Scam ๐Ÿšฉ

Edwin Masripan
Published: 02 Oct 2024

Ini kisah sedih seorang business Owner yg tak ambil tahu tentang Skop SEO.

Seorang business owner, websitenya satu page sahaja. Bayar upah SEO selama satu tahun, habis sekitar RM24,000 kepada SEO expert di Singapore.

Me: Ada SEO Report, Work Report, Rank report atau apa saja document?
Owner: Tiada. Perlu bagi report ke?
Me: Wajib ada. Kenapa hire Singapore SEO, tak buat kat sini?
Owner: Dia cakap kt Malaysia tiada pakar SEO. SEO ini bidang baru.
Me: ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ (saya pakar SEO Malaysia)

In the end, Business Owner tu suruh saya buat SEO secara percuma bagi menggantikan RM 24,000 yang hangus. Kelakar cerita ni.

Nak gelak pon ada. Sedih pon ada.
Mostly sedih.

Nanti kita cerita lagi kisah sedih SEO Scam di akhir artikel ini.

Dalam artikel kali ini saya explain pasal Scope SEO.

Sebelum tu, kalau nak tahu Apa itu SEO (baca kemudian)

Skop SEO Wajib Buat

Sebagai seorang pakar SEO, Marketing, Web Design dan Development, artikel inilah Scope SEO yang benar. Jika kurang dari ni, saya cadangkan jangan ambil.

  1. Strategy SEO
  2. Technical SEO
  3. Aktiviti SEO

Ramai yang offer Strategy dan Technical, tapi kantoi tak buat kerja untuk kerja SEO.

Secara ringkas skop seo adalah 70% Aktiviti, 20% Teknikal, 10% Strategy. Yang paling penting adalah strategy. Salah pilih keyword, salah flow SEO, maka sia-sialah kerja SEO tu.

Skop SEO: Breakdown effort for SEO

Gambaran Kasar Skop SEO

Gambaraja skop SEO

Jika anda hire seorang SEO expert, dia mesti lakukan semua di atas.

  1. Game SEO: Target Market, Cara Google Berfungsi, Faham Brand Anda
  2. Strategy: Faham keadaan Market, Keyword orang guna, Flow website, Information Architect website, orangan yang terlibat dan Tools untuk digunakan.
  3. On page SEO: Research content, Tulis content, monitor ranking page
  4. Technical SEO: Design website, code yang efficient dan linking antara content
  5. Off Page SEO: Distribute content, backlink ke website dan advertising

Mungkin standard saya sebagai Pakar SEO tinggi, tapi itulah yang diperlukan untuk jana Sales dari Google. Semua di atas saya ajar dalam Kelas SEO 101

Letih kalau sekadar nak rank di Google tapi tiada sale

Skop SEO: Strategy

Untuk rank saja, mudah. Untuk dapat sale, susah. Itulah pentingnya strategy.

Tujuan Strategy SEO adalah untuk alignkan kerja SEO (marketing) dan Sales supaya setiap kali kita dapat klik dari Google, ia mendekatkan prospek kepada membeli produk kita.

Dalam Strategy perlu ada

  1. Target Market: Memahami apa yang target market mahu, expect, desire dan impian
  2. Keyword: Query apa yang akan diguna prospek
  3. Brand: Kelebihan brand anda berbanding orang lain
  4. Information Architect: Bagaimana sitemap website disusun
  5. Funnel: Flow dari Stranger ke Prospek ke Buyer
  6. Tools: Tools ni ada bermacam jenis, mostly berbayar.
  7. Stakeholder: Siapa yang terlibat jika ada keputusan susah?

Ramai ‘pakar SEO’ skor C- untuk strategy.

Again, boleh rank, tapi tak boleh jana ROI.

Skop SEO: Onpage

Onpage SEO banyak melibatkan content itu sendiri. Untuk checklist panjang, anda download checklist SEO.

Scope SEO: Vendiagram, overlapping Design, Copywriting, Technical

Skop Onpage SEO terbahagi pada 3

  1. Copywriting
  2. UIUX
  3. Technical

Copywriting SEO

Penting bagi memastikan content itu persuasive bagi menjana sale. Pastikan H1, H2, H3, Alt image dan Title ada keyword.

Tips: Gunakan Headline Melayu Generator saya bina sendiri

Contoh kerja

  1. Membaiki penulisan di produk page
  2. Menulis content persuasive yang ramai orang cari
  3. Membetulkan struktur ayat dari ayat pasif ke aktif.

UIUX SEO

Pilihan font, warna, saiz gambar sesuai untuk dibaca. Sebaiknya keep it minimal dan CTA biar terang bederang supaya orang ambil tindakan.

Contoh kerja UIUX SEO

  1. Mengkaji flow user menggunakan Hotjar atau Clarity
  2. Memahami masalah user interface
  3. Menukar warna dan font untuk pembacaan optimium
  4. Mengkaji kenapa pelawat tak hinggap lama

Technical

Memastikan page ini laju, tidak load CSS dan JS yang pelik-pelik. Server hosting laju dan tiada masalah security macam malware, virus dan sebagainya.

Contoh Kerja Teknikal

  1. Membaiki CSS sekira salah
  2. Membantu submit sitemap ke GSC
  3. Troubleshoot website yang slow
  4. Membaiki Meta SEO, title, URL, Description

Kebanyakkan ‘pakar SEO’ hanya limited pada copywriting SEO. Yang lain diserahkan pada Website Owner atau Team IT untuk bantu.

Skop SEO: Offpage

Promote Website di Social Media

Tujuan, mendapatkan social signal dari Social Media. Bekerja sama dengan pihak Social Media untuk mempromosikan website link dan artikel ke Social media.

Dapatkan Backlink

Linkkan website ke directory, journalist, website yang sama industry.

Setiap backlick mempunyai kekuatan tersendiri (link juice) dan context industry itu sendiri. Contoh: Brand Fashion mendapat link dari Utusan vs the Vogue, mana lebih tinggi signal?

Sambung kisah sedih 2.

Ada client saya, bayar RM7,000 setiap bulan untuk SEO. Sudah 8 bulan, tapi result dia lebih kurang sahaja dari sebelum kerja SEO. Antara perkara saya sedar dia tak buat

  1. Betulkan page structure yang salah (penting!)
  2. Menulis meta title dan description dengan persuasive (penting!)
  3. Membaiki page yang rosak
  4. Memberikan laporan SEO mengikut kala yang dijanjikan.

Akhir Kata Tentang Skop SEO

Setiap SEO Agency dan SEO Freelance berbeza skop dan offering mereka. Jadi tanyalah bersungguh-sungguh tentang apa yang dia cover dan tak cover.

Minta juga dia tunjukkan result live.

Sebaiknya carilah Pakar SEO yang menjalankan aktiviti SEO dengan betul.

Ingat pesan saya, Ranking di Google tak semestinya membawa kepada Sale.

Jika anda nak Sale dari aktiviti SEO, Whatsapp saya, link ada di bawah, atau belajar sendiri dalam Kelas SEO

Produk 101s untuk SEO

Kelas SEO 101

Dari Zero ke # Ranking Google

SEO Stack

WorkFlow SEO (untuk Mid level SEO)

Dapatkan SEO Service
Nak ranking top 10 di Google? Mari saya bantu. Harga RM 2,500/sebulan. Kalau tak rank, saya refund, 100% tiada soalan. Min 6 bulan. Projek limit to 5 sebulan.
WhatsApp

Nak Tips 101s? Join โคต๏ธ

Bersama 419 Owner & Marketers

Sub Blog
Saya tak hantar SPAM, Hanya nasihat dari Marketer

Bacaan Lain