Harga SEO di Malaysia dalam linkungan RM 1500 ke RM 10,000 sebulan. Of course harga SEO ni depends pada beberapa faktor.
Sebelum tu, saya bagi kata-kata azimat …
Tak guna rank tinggi jika tidak dapat Sale
Table of Contents
Apa itu SEO?
SEO adalah “Search Engine Optimisation” satu proses untuk menaikkan kualiti dan kuantiti trafik daripada engine carian secara organik. (Wikipedia). Proses ini termasuk;
- Keyword Strategy – Pemilihan keyword yang betul
- Penghasilan konten – Konten yg menunjukkan authority dan memberi manfaat pada pembaca
- Backlink – Mendapatkan link dari website lain
- Technical SEO – Memperbaiki HTML, kelajuan dan headings
- Monitor Ranking – Memantau posisi keyword, trafik dan CTR
Sambung baca: Apa itu SEO?
Faktor Harga SEO Malaysia
- Jenis Website – WordPress lebih murah berbanding platform lain kerana banyak plugin yang membantu
- Berapa page website – lagi besar website, lagi banyak scope teknikal perlu dibuat
- Guarantee Ranking – Yg offer 100% refund macam saya, harga tinggi sikit berbanding orang lain
- Keyword Difficulty – lagi susah keyword tu nak rank, lagi banyak effort dan duit diperlukan untuk menjana sale. Contoh: insuran peribadi. Ramai yg berlawan SEO untuk keyword ini.
- Industry – Lagi mahal harga produk atau servis untuk dijual, lagi tinggi kos SEO.
Berbaloi ke Ambil servis SEO?
Kita ambil contoh graf dibawah.

Cara baca, graf ni sama macam saham, lagi menaik lagi bagus.
Atas kiri, 37,600 klik dalam setahun. Bayangkan setiap klik harga RM 2. Sudah terpaksa keluarkan RM74,000 untuk dapatkan trafik.
Client saya bayar RM 2,500 sebulan. Total RM 30,000 setahun.
Keuntungan RM44,000 daripada servis SEO.
Itu baru sudut kos, kalau sudut sale?
Dari RM3.5 juta ke RM 6.5 juta. RM 3 juta kenaikan.
Apalah RM30,000 untuk dapatkan RM3 juta kan?
Patut saya charge lebih tinggi dari tu 😂
Alternative Outsource SEO
Anda ada 2 pilihan
- Belajar sendiri SEO – Boleh tonton rekording SEO 101 saya
- Upah servis SEO – Melalui company saya Laman7 – SEO
Anda boleh juga cari Pakar SEO yg lain
Mari saya terangkan
Belajar SEO Sendiri
Jika anda mahu memahami asas SEO, saya ada menyediakan rakaman SEO 101. Dalam video ini, anda akan belajar cara mengoptimumkan laman web anda sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Ia langkah terbaik untuk anda yang suka DIY dan ingin jimat kos jangka panjang.
Kelemahan buat sendiri SEO
- Anda trial and error sendiri
- Ambil masa panjang untuk berjaya (4-5 bulan)
- Risiko tak rank tinggi sikit
Upah Servis SEO
Kalau anda tiada masa atau perlukan hasil yang lebih pantas, anda boleh serahkan tugas SEO ini kepada Laman7, syarikat saya yang menawarkan servis SEO profesional. Kami akan memastikan laman web anda dioptimumkan untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Kelemahan ambil servis SEO – Harga lagi tinggi dari buat sendiri.
Okaylah kan? Takkan anda nak belajar jadi Doctor untuk rawat lutut sendiri?
Berapa lama tempoh servis SEO?
Kebiasaannya vendor akan charge minima setahun, TAPI saya suka ambil 6 bulan je.
Sebab dalam 6 bulan kita boleh nampak result, sama ok atau ranking terus merudum. Then anda kena decide la nak sambung servis SEO atau tidak.
Kebiasaan result SEO boleh nampak hasil dalam 3 bulan.
Skop Kerja SEO
Topik ni panjang sikit nak cerita, dan saya bagi sedikit je la.
| Fasa 1 – 30 hari | Fasa 2 – 30-60 hari | Fasa 3 – 60 hari ke atas |
| Audit SEO Audit Website Betulkan HTML CSS Melajukan website Membetulkan link Delete content tak perlu Setup GSC dan GA Sales & Marketing alignment (paling penting) | Menulis artikel Keyword Strategy Funnel Strategy Membetulkan Meta Interlinking pages Optimise image | Menulis artikel Performance management Keyword monitoring |
Setiap bulan anda patut dapat Report SEO.
Nanti kita kupas lagi dalam topik skop semata.
Tools SEO
Lain SEO developer lain technology stack-nya.
1. Keyword Research Tools
Kategori ini digunakan untuk mencari kata kunci yang relevan, menganalisis volume carian, dan memahami persaingan.
Contoh Tools:
- Google Keyword Planner: Percuma, sesuai untuk pemula.
- Ahrefs: Mendalam dengan data kata kunci organik dan paid.
- Semrush: Gabungan kata kunci dan analisis kompetitor.
2. On-Page SEO Tools
Untuk memastikan laman web mesra SEO dari segi kandungan, tag meta, heading, dan elemen teknikal lain.
Contoh Tools:
- Yoast SEO: Plugin WordPress untuk panduan On-Page SEO.
- RankMath: Alternatif kepada Yoast, dengan ciri tambahan untuk analisis kata kunci.
- Surfer SEO: Analisis kandungan berdasarkan data langsung dari enjin carian.
3. Technical SEO Tools
Digunakan untuk menyemak elemen teknikal seperti crawlability, kelajuan laman, dan struktur data.
Contoh Tools:
- Google Search Console: Percuma dan penting untuk laporan indeks.
- Screaming Frog: Untuk crawl laman web seperti enjin carian.
4. Backlink Analysis Tools
Kategori ini penting untuk menganalisis profil backlink anda dan juga pesaing.
Contoh Tools:
- Ahrefs: Menyediakan laporan backlink yang sangat terperinci.
- Moz Link Explorer: Untuk analisis authority dan domain score.
- Majestic SEO: Fokus pada Trust Flow dan Citation Flow.
5. Rank Tracking Tools
Untuk memantau kedudukan kata kunci di enjin carian.
Contoh Tools:
- Google Data Studio: Untuk visualisasi data custom.
- Serpstat: Untuk laporan kedudukan kata kunci global.
- Pro Rank Tracker: Fokus pada laporan ringkas dan mendalam.
6. Content Optimization Tools
Tools ini membantu menulis kandungan yang lebih baik untuk SEO dan pengguna.
Contoh Tools:
- Grammarly: Untuk perbaiki grammar dan readability.
- Clearscope: Analisis topik dan perkataan yang relevan.
- Hemingway App: Pastikan kandungan mudah dibaca.
Skill yg Perlu Anda Setiap SEO developer
- Pandai baca nombor dan carta
- Pandai guna excel atau Google Sheet
- Pandai scraping data
- Celik HTML dan CSS
- Celik WordPress dan platform CMS yg lain
- Pandai menulis konten SEO
Kan saya dah cerita dari awal, lambat sikit kalau buat sendiri semua ni.
Saya selalu cakap, …
SEO ni kerja cumulative. Setiap satu checkbox perlu ditandakan ✅
Berbalik pada persoalan kita, anda nak rank tinggi atau dapatkan sale?
Jika anda nak dapatkan sale, klik pada whatsapp di bawah. Mari saya terangkan SEO lebih mendalam. Jika nak rank tinggi dengan cepat, boleh cepatkan process pembelajaran dengan SEO101 (link ada dibawah).




