Apa itu SEO?
SEO atau nama panjangnya “Search Engine Optimisation”. Dalam bahasa mudah, SEO adalah satu channel digital marketing.
Kita boleh define SEO sebagai:
- Visitor jumpa di Google (dan search engine lain)
- Satu channel Digital Marketing
- Satu teknik Long term Marketing
- Trafik percuma ke Website
- Bersifat Pull Marketing (menarik vs campak flyer ke muka)
- Ranking untuk Keyword tertentu โญ (saya paling cenderung kepada definisi ini)
Dalam artikel ini saya akan explain sebaik mungkin tentang “Apa itu SEO?”.
Table of Contents
Apa Itu SEO – Manfaat Pada Bisnes
Manfaat besar SEO adalah pada business. Bila visitor mencari atau ‘google’ masalah, solution atau nama brand.
Contoh: Jika type “kelas SEO”, 101s muncul di tempat pertama.
Website yang berada di atas akan dapat klik paling tinggi berbanding ditempat ke 2 dan seterusnya.
Dengan trafik yang tinggi, anda boleh pimpin mereka untuk generate sales melalui jualan produk atau servis.
Manfaat Pada Individu
Jika merujuk pada ‘personal branding’, mungkin tidaklah sehebat pada bisnes kerana rata-rata akan Google result akan tunjukkan Instagram, Linkedin, Facebook dan Twitter.
Cuba anda search nama sendiri, apa yang keluar?
Ini contoh nama saya, “Edwin Masripan”
Apa yang special? Jika nama saya dipetik ketika Teh Tarik session, orang boleh Google on the spot dan dapatkan kerja saya. Namun kelebihan ini tidaklah menjana sales. Mungkin naikkan trust sikit
Hanya sekadar popular.
Kenapa SEO Penting untuk Website?
Sebelum itu, saya nak tanya, kenapa perlu ada website?
Jawapan anda pasti tak lari dari
- Untuk dapatkan Leads dan Sale
- Untuk naikkan dan promosi brand
- Untuk membantu kerja sales
- Bagi membantu kerja support
Jadi pentingnya SEO untuk website adalah seperti berikut
1. Dapatkan Trafik Berkualiti & Targetted
Bukan sekadar macam flyer yang diedarkan di shopping mall, yang diambil, kemudian dibuang di tong sampah terdekat.
SEO membantu menarik orang betul kepada business kita.
Walaupun kita boleh run iklan Facebook ads, dan sebagainya, SEO bergantung pada keywords, iaitu apa yang bermain difikiran bakal pelawat.
2. Mengalahkan Competition
Jika website anda bukan no 1 di Google, pastinya ada orang lain akan jadi no 1 kan?
Yang hampir pasti, itu adalah competition (pesaing anda).
Kalau selama ni pesaing duduk no 1, dan anda tak ranking langsung, apa akan jadi? Confirm pesaing akan bolot semua sales yang ada.
Anda makan serdak je.
3. Tingkatkan Kepercayaan
Trust ni faktor yang sangat susah untuk dipupuk dikalangan buyer.
Bayangkan mak anda promote ubat kurus. First step, takkan nak telan je kan? Mestilah kita buat research dulu. Dah kalau tak jumpa di Google, confirm takkan makan.
Begitulah pentingnya SEO dalam Digital Marketing
4. Dapat Trafik Percuma
Inilah menyebabkan Pakar SEO membuat kerja-kerja SEO, sebab trafik percuma.
Lihat contoh dibawah
Berapa kali nampak? 1 Juta kali lalu di Google
Berapa klik dapat? 34,000.
Tuan puan, jika harga satu klik RM1, adakah anda sanggup bayar RM 34,000? Sedangkan saya boleh dapatkan dengan percuma.
Nanti boleh tengok pakej seo saya.
Bagaimana SEO Berfungsi?
Sebelum tu, pernah tertanya, bagaimana Google boleh berikan result yang baik?
Jawab… cepat!
Ada 3 perkara Google pasti sebelum dia berikan tempat No 1 di Google.
- Konten yg relevant dengan keyword – Kalau konten tak relevan, dia takkan bagi lah tempat no 1 tu
- Website laju dan selamat – Laju, bawah 2 saat. Selamat, tiada virus, malware, casino rojak dan sebagainya
- Mendapat sokongan dari website lain – Website lain jadikan dia sebagai rujukan.
Cara Search Engine atau Google berfungsi
- Crawl – Merayap masuk website anda
- Index – Susun konten mengikut keyword
- Rank – Susun konten ikut relevant mengikut carian
Cara Carian Dibuat
Jika ikut dari kronologi carian di Google
- Anda buat carian di Google – namanya Query
- Google mencari ‘query’ – namanya keyword
- Google berikan hasil – namanya SERP (search Engine ranking page)
- Anda click pada website – namaya CTR (click through rate)
Untuk steps, 2 dan 3, terlalu laju berlaku dalam 1-2 saat kerana result ni sudah ada ditangan Google. Tinggal nak beri sahaja.
Cara Cepat Untuk Ranking Google
Anda boleh baca artikel saya ‘Cara Rank Google dengan Cepat‘ dah tulis panjang lebar.
Secara asasnya ada empat langkah
- Website mesti laju dan selamat – jika 2-2 ni tak boleh, impossible la nak rank. Dapatkan khidmat pakar WordPress Maintenance di WebCare
- Konten yg Relevant – Google nak berikan tempat tertinggi pada konten paling relevant
- Technical SEO yang betul
- Paksa Google Index
Senang je kan?
Salah!
Kerja SEO adalah kerja cumulative. Dibuat sikit-sikit lama-lama dapat result.
Guna Servis SEO atau DIY SEO
Untuk SEO ni anda ada 2 pilihan;
- Buat Sendiri DIY
- Gunakan Servis SEO
DIY SEO – Hadir ke Kelas
Cara paling jimat adalah dengan belajar dan buat sendiri. Walaupun advantage dia tinggi, sebab kita control apa hasil tindakan, kebiasaannya website owner akan tak sabar tengok result.
Kenapa DIY SEO tak sesuai untuk business
- Mencuri masa dari menguruskan business
- 3 bulan baru nampak result, itu pon kalau jadi
- Salah langkah, domain kena ban dari Google ๐ฑ
Sebelum upah Pakar SEO untuk servis mereka, ada baik jika anda belajar SEO dalam Kelas SEO101 supaya anda tak kena tipu.
Guna Servis SEO
Terdapat ramai pakar SEO yang menawarkan SEO. Anda boleh baca skop bidang SEO dalam post ini.
Saya senaraikan redflag ๐ฉ๐ฉ
- Guarantee No 1 spot – tiada siapa yg boleh gurantee
- Tidak minta login website – SEO wajib alter website
- Gagal memberikan contoh report – tiada report, tiadalah kerja
- Bercakap tanpa data – Sembang kosong tak boleh buktikan kerja
Sebelum tu, semak dulu Google dah mula ranking website anda atau tidak?
Follow contoh dibawah
Cara Semak SEO di Google
Bagi yang tidak ada tools seperti Google Search Console, anda boleh semak dengan mudah.
Taipkan berikut di Google “site:namawebsite.com”
Result dia akan keluar begini
Tools lain berguna untuk SEO
- Google Search Console – Ibu SEO, tanpa ni tak boleh buat SEO.
- KWFinder – Digunakan dalam research SEO
- RankMath – Plugin WordPress untuk SEO
Apa Itu SEO Copywriting
Copywriting pada asasnya adalah “ayat iklan yang menangkap minat membaca”.
Manakalah SEO pula menggunakan keyword. Perlu perbanyakkan keyword untuk satu content.
Gabungan keyword + artikel + copywriting menjadikan SEO copywriting itu bermakna
Tujuan SEO copywriting (mengikut urutan)
- Menarik perhatian – Bila visitor nampak, “eh menarik, nak baca la”
- Menahan perhatian – Visitor sambung baca “sedap pula baca ni”
- Mengalih perhatian – Membuat klik “Boleh beli laa produk ni”
SEO Copywriting ni susah sikit untuk belajar kerana memerlukan Copywriter untuk menulis content. Lagi Rare jika penulis tu ada kebolehan untuk Coding dan Design (itu lah saya!)
Pendek kata, SEO copywriting memerlukan balance.
Tidak terlalu banyak keywords sampai menyampah.
Tidak boring dan dry je penulisan.
Tidak pening nampak text sahaja.
Contoh macam page ini, sedar ke ada x16 “apa itu seo”?
Tak perasankan? – Begitulah kerja tukang copywriter
Apa Itu SEO On Page
On Page SEO pula bergantung pada 2 faktor
- Relevant pada topic – Lagi relevant lagi bagus
- Technical SEO – H1, H2, H3
Tips Untuk lebih Relavant pada Visitor
- Gambar yg jelas – sama dengan keadaan visitor
- Menulis untuk membantu, bukan untuk ranking
- Menjawab semua soalan Visitor
Senang je kan?
Tips Untuk Technical SEO
Part ni panjang skit. Sebaiknya gunakan checklist
Boleh download checklist SEO di sini
Apa itu SEO dan SEM
SEO saya dah terangkan di atas. SEM pula singkatan untuk Search Engine Marketing.
Bahasa mudah, SEO free, SEM kena bayar.
SEM yang 90% marketer gunakan adalah Google Ads.
SEM adalah cara pintas untuk SEO.
SEM bayar mengikut 3 perkara
- Cost Per Click – Setiap kali click, kena bayar
- Harga market keyword – Setiap keyword ada harga tersendiri
- Lokasi – Harga Malaysia tak sama dengan harga Indonesia
Jadi sangat tidak adil jika kita nak berlawan dengan company billion.
Contoh: Insurance. Ada Great Eastern yg mampu letakkan harga tinggi
Harga di atas dalam dollar. Jika convert $1.39, bersamaan RM 5.55.
Jika mampu bayar RM 5.55 untuk setiap klik, teruskan. Jika rasa berat, ambillah pakej SEO saya! (laju je upsell).
Rumusan “Apa itu SEO”
Panjang lebar saya explain. Pendek kata, SEO adalah ranking website anda mengikut keyword di Google. Lagi tinggi rank, kebarangkalian untuk klik jauh lebih tinggi.
Jika anda berminat untuk DIY SEO, boleh join kelas SEO101
Bagi yang dah tahu basic SEO, boleh join notion notes SEO Stack